Ahad, 5 Oktober 2025

Tasbih Handmade dengan Manik Kristal – Sentuhan Eksklusif untuk Setiap Zikir




Tasbih Handmade dengan Manik Kristal – Sentuhan Eksklusif untuk Setiap Zikir

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ
“Langit yang tujuh, bumi dan segala yang ada di dalamnya bertasbih kepada-Nya; dan tiada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka.” [Surah Al-Isra’ :ayat 44]

Setiap biji tasbih membawa makna, bukan sekadar alat untuk berzikir, tetapi juga simbol ketenangan dan keindahan dalam setiap butirannya. Koleksi Tasbih Handmade dengan Manik Kristal ini direka dengan penuh kasih dan ketelitian — sesuai untuk dijadikan hadiah, hantaran, atau pelengkap ibadah harian.












Ciri istimewa tasbih handmade ini:
  • Dihasilkan sepenuhnya secara manual menggunakan manik kristal berkualiti tinggi yang berkilau lembut.
  • Tali berkekuatan tinggi dan kemasan hujung yang kemas.
  • Boleh ditempah dengan warna dan corak pilihan sendiri (contohnya: pastel lembut, emerald hijau, biru laut, atau rona keemasan).
  • Sesuai untuk tasbih 33 atau 99 biji mengikut permintaan.
Kenapa istimewa?
Setiap tasbih dibuat dengan niat yang baik — agar setiap zikir disertai rasa tenang dan indah. Ia bukan hanya sekadar aksesori, tetapi sebahagian dari perjalanan rohani kita.

Tempahan & Pertanyaan:
Untuk membuat pesanan atau bertanya tentang rekaan khas, anda boleh hubungi saya secara terus melalui mesej / DM / WhatsApp.

Saya sedia membantu mencipta tasbih yang sesuai dengan cita rasa anda — sama ada untuk diri sendiri atau hadiah istimewa buat insan tersayang.

📲 Hubungi untuk tempahan:

➡️
https://wa.me/601133387279

💬 “Setiap zikir lebih bermakna apabila digenggam dengan keindahan hasil tangan sendiri.”



Rabu, 17 September 2025

Tak perlu mahal, cukup dengan ikhlas. Kad yang simple, tapi penuh makna ❤️ #DIYWithCanva #PersonalTouch

❤️ DIY Birthday Card dengan Canva: Sentuhan Peribadi yang Penuh Makna












#DIYWithCanva #PersonalTouch




Setiap kali tiba hari lahir orang tersayang, kita pasti mahu berikan sesuatu yang istimewa. Ada yang memilih hadiah mahal, ada juga yang sekadar memberikan ucapan ringkas. Bagi saya, salah satu cara paling bermakna untuk meraikan ialah dengan memberikan birthday card hasil ciptaan sendiri.

Dan di sinilah Canva jadi “penyelamat”.






Kenapa Canva? 🎨

Canva menawarkan pelbagai template, elemen percuma, font menarik dan hiasan grafik yang boleh terus digunakan. Yang paling saya suka, Canva mudah diakses — sama ada guna komputer atau telefon pintar. Walaupun tak mahir design, kita tetap boleh hasilkan kad ucapan yang nampak profesional.



Beberapa kelebihan menggunakan Canva:
Percuma & mudah digunakan – Akaun basic sudah cukup untuk buat card menarik.
Cepat – Dalam kurang 15 minit, kad boleh siap.
Boleh custom ikut citarasa – Pilih warna, gambar, dan elemen kegemaran penerima.
Fleksibel – Kad boleh dicetak atau dihantar terus secara digital.

Personal Touch Itu Paling Bernilai 💌

Apa yang membuatkan kad ciptaan sendiri lebih istimewa ialah sentuhan peribadi. Kita boleh masukkan nama penerima, gambar kenangan bersama, atau ucapan yang datang dari hati. Kad itu bukan sekadar kertas, tetapi simbol kasih sayang, ingatan, dan penghargaan.

Bayangkan wajah gembira seseorang apabila menerima kad ucapan khas yang hanya dibuat untuknya. Rasa bahagia itu lebih mahal daripada apa-apa hadiah lain.

DIY Bukan Susah, Hanya Perlu Niat..

Sebenarnya, buat birthday card sendiri tidaklah susah. Hanya perlukan:

  1. Pilih template di Canva.
  2. Edit teks dengan ucapan yang sesuai.
  3. Tambahkan elemen seperti bunga, confetti, atau belon.
  4. Simpan & cetak — atau terus share digital.
Nak Download boleh nak ubah pun boleh. Just follow LINK nie.

Dalam masa singkat, anda sudah ada satu hasil seni yang unik dan penuh makna.

Kadangkala, perkara yang ringkas itulah paling bernilai. DIY birthday card dengan Canva bukan sekadar “kraf digital”, tetapi cara untuk menguatkan hubungan dengan orang yang kita sayang.

Bagi saya, setiap kad yang dicipta adalah satu hadiah istimewa — bukan kerana cantiknya design, tetapi kerana ikhlasnya hati. ❤️

#DIYWithCanva #PersonalTouch #freedesigns #freeelements

 

Ahad, 25 September 2022

Koleksi Ucapan Happy Birthday yang simple tapi ikhlas

 


Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.


Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan
 dipermudahkan segala urusan.


Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dicukupkan rezeki, 
diampunkan dosa dan bahagia bersama keluarga tersayang.. Amin.




Ya Allah, panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik 
kepadanya. Terangkanlah hatinya dengan nur pancaran iman. 
Tetapkanlah hatinya. Perluaskanlah rezekinya. Dekatkanlah hatinya 
kepada kebaikan. jauhkanlah hatinya pada kejahatan. 
Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia mahupun akhirat.


You are my family, my friend, my lover.




Semoga Allah melindungi setiap langkahmu, diberikan 
kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, 
diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi insan yang solehah 
serta menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.



Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya, 
dimakbulkan segala doa dan dipermudahkan segala urusan. 
Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang Abang 
telah berikan selama ini. Semoga dimakbulkan segala doa abang.




Selamat Hari Lahir Sahabat. Semoga panjang umur, murah rezeki, 
dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. 
In Sha Allah.









Catatan Popular