Di kalangan masyarakat Iban ianya dikenali dengan nama Terabai atau di dalam bahasa standard digelar “Perisai”. Ianya adalah salah satu daripada lambang kepahlawan kaum Iban dan merupakan kelengkapan wajib ada apabila turun berperang suatu masa dahulu.
Menurut kepercayaan masyarakat Iban untuk mengukir sesuatu terabai bukan hanya memerlukan kepakaran semata-mata. Ini kerana setiap pengukir Iban yang terpilih sebenarnya didatangkan ideanya atas kehendak Tuhan mahupun dewa-dewa mereka samada menerusi firasat mahupun mimpi. Atau secara relatifnya ianya berkaitan secara langsung dengan faktor pemujaan serta sanjungan kepada dewa-dewa mengikut fahaman animisme mereka.
Jadi pada setiap motif ukiran terabai Iban yang cukup unik ini juga sebenarnya turut menggambarkan keadaaan pada masa tersebut. Perkaitan setiap motif ukiran dengan cerita legenda juga turut mendokong kewujudan asal-usul motif ukiran seperti pertarungan Rawing dan Raja Merom, pertarungan Lang Ngindang dan Lang Kachang, Mimpi Gemong, Burung Bubut dan Burung Ruai dan Belalang (Buntak Aloi dan Buntak Rusa).
Untuk projek hiasan Kemerdekaan, kami telah memilih untuk menyiapkan 2 terabai sebagai simbol negeri Sarawak. Oleh kerana project ini bolehlah dikatakan projek kecil-kecilan (bajet), maka kami menyiapkannya di atas kotak dan bukannya mengukir di atas kayu sepertimana terabai dalam bentuk asalnya.
Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti berikut:
1. kotak dengan ukuran panjang lebih kurang 95 x 30 cm
2. Gam
3. Kertas (untuk print corak)
Cara-cara menyiapkan terabai:
1. Tentukan dahulu corak yang dikehendaki, save dan printkan.
2. Pastikan corak yang akan diprint dalam saiz besar supaya pixel tak pecah/mengganggu corak setelah digamkan kelak.
3. Potong corak dan buangkan color putih, tinggalkan corak yang bewarna hitam. Guna pisau yang tajam dan potong dengan berhati-hati. Potong atas permukaan licin seperti cermin agar tidak merosakkan meja. Lebih elok jika ada cutting mat.
4. Setelah siap potong, gamkan dengan berhati-hati supaya tidak koyak.
5. Tadaa..dah siap..
Jika ada pertanyaan boleh komen di bawah. Selamat mencuba.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan