Khamis, 1 September 2022

Project DIY Kolam Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Sebelum kita teruskan dengan projek DIY ini, mari kita semak dulu apakah yang dimaksudkan dengan tema dan logo pilihan hari Kebangsaan ke-65 tahun Malaysia 2022.

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM2022) selari dengan konsep keharmonian #KeluargaMalaysia.

Logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

Maksud Tema:

Keluarga Malaysia: merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran

Teguh: bermaksud kukuh, kuat dan erat

Bersama: bermaksud bersama-sama berserta atau berganding bahu.

Manakala frasa ‘Teguh Bersama’ mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Pilihan Kolam sebagai projek DIY

Kolam merupakan seni zaman purba India yang menggunakan bahan seperti beras berwarna, tepung beras, pasir dan juga kelopak bunga untuk menghasilkan corak-corak yang indah. Juga dikenali sebagai "Rangoli", karya seni tangan yang halus ini popular di musim perayaan seperti Deepavali melambangkan semangat mengalu-alukan tetamu dan jemputan.

Bahan-bahan:

1. Beras (beli yang mur mur sudah)

2. Pewarna (boleh guna pewarna makanan, cat air atau cat arcrylic)

3. Printed Corak


Cara:

1. Bentangkan corak yang telah diprint atas kertas putih di atas permukaan yang rata.

2. Bahagikan beras mengikut bilangan warna yang diperlukan. Anggarkan sahaja berapa gm untuk satu-satu color.

3. Masukkan pewarna dalam beras dan gaul. Sekiranya warna tak berapa terang atau beras kurang serap warna, boleh tambah warna supaya warna lebih pekat.

4. Biasanya beras akan melekat jadi keringkan. Letak aje kat tepi biarkan semalaman.

5. Esoknya, setelah beras serap warna dan tidak lagi melekat, bolehlah mulakan meletakkan beras mengikut warna yang dingini.

 

6. Gunakan pembaris untuk mengemaskan tepi corak.

Selamat mencuba.

-Mommy-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular