Ahad, 25 September 2022

Koleksi Ucapan Happy Birthday yang simple tapi ikhlas

 


Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.


Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan
 dipermudahkan segala urusan.


Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dicukupkan rezeki, 
diampunkan dosa dan bahagia bersama keluarga tersayang.. Amin.




Ya Allah, panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik 
kepadanya. Terangkanlah hatinya dengan nur pancaran iman. 
Tetapkanlah hatinya. Perluaskanlah rezekinya. Dekatkanlah hatinya 
kepada kebaikan. jauhkanlah hatinya pada kejahatan. 
Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia mahupun akhirat.


You are my family, my friend, my lover.




Semoga Allah melindungi setiap langkahmu, diberikan 
kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, 
diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi insan yang solehah 
serta menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga.



Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya, 
dimakbulkan segala doa dan dipermudahkan segala urusan. 
Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang Abang 
telah berikan selama ini. Semoga dimakbulkan segala doa abang.




Selamat Hari Lahir Sahabat. Semoga panjang umur, murah rezeki, 
dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. 
In Sha Allah.









Khamis, 1 September 2022

Cara-cara Center Tajuk Post & Sidebar

 

Cara-cara Center Tajuk Post & Sidebar :


1. Log In > Dashboard > Design > Edit html
2. Kemudian tekan Ctrl + F dan cari kod ini :

Untuk sidebar cari code berikut:

h2 {

Copy kod text-align:center; dan pastekan di bawah kod h2 { seperti berikut:

h2 {
text-align:center;

Untuk Post Title  cari kod berikut:

h3.post-title { 

Copy kod text-align:center; dan pastekan di bawah kod h3.post-title { seperti berikut:

h3.post-title {
text-align:center;

Nota : kod yang sama paste di bawah kod side bar and kod post title ye.

5. Simpan dan Siap.

Project DIY Kolam Keluarga Malaysia Teguh Bersama

Sebelum kita teruskan dengan projek DIY ini, mari kita semak dulu apakah yang dimaksudkan dengan tema dan logo pilihan hari Kebangsaan ke-65 tahun Malaysia 2022.

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM2022) selari dengan konsep keharmonian #KeluargaMalaysia.

Logo tahun ini pula berkonsepkan jalur liputan internet melambangkan pembangunan infrastruktur, sistem komunikasi serta pendigitalan yang semakin maju dan berkembang untuk kemudahan rakyat.

Ia juga melambangkan kebersamaan, komited untuk terus maju ke hadapan serta keberadaan teknologi terkini yang menjadi penghubung kehidupan ekonomi rakyat.

Maksud Tema:

Keluarga Malaysia: merujuk kepada masyarakat yang hidup aman damai dan bersatu padu dalam keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran

Teguh: bermaksud kukuh, kuat dan erat

Bersama: bermaksud bersama-sama berserta atau berganding bahu.

Manakala frasa ‘Teguh Bersama’ mendukung maksud kekuatan dan kesepaduan yang dicapai secara kolektif serta mampan.

Pilihan Kolam sebagai projek DIY

Kolam merupakan seni zaman purba India yang menggunakan bahan seperti beras berwarna, tepung beras, pasir dan juga kelopak bunga untuk menghasilkan corak-corak yang indah. Juga dikenali sebagai "Rangoli", karya seni tangan yang halus ini popular di musim perayaan seperti Deepavali melambangkan semangat mengalu-alukan tetamu dan jemputan.

Bahan-bahan:

1. Beras (beli yang mur mur sudah)

2. Pewarna (boleh guna pewarna makanan, cat air atau cat arcrylic)

3. Printed Corak


Cara:

1. Bentangkan corak yang telah diprint atas kertas putih di atas permukaan yang rata.

2. Bahagikan beras mengikut bilangan warna yang diperlukan. Anggarkan sahaja berapa gm untuk satu-satu color.

3. Masukkan pewarna dalam beras dan gaul. Sekiranya warna tak berapa terang atau beras kurang serap warna, boleh tambah warna supaya warna lebih pekat.

4. Biasanya beras akan melekat jadi keringkan. Letak aje kat tepi biarkan semalaman.

5. Esoknya, setelah beras serap warna dan tidak lagi melekat, bolehlah mulakan meletakkan beras mengikut warna yang dingini.

 

6. Gunakan pembaris untuk mengemaskan tepi corak.

Selamat mencuba.

-Mommy-



Selasa, 30 Ogos 2022

Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-65 Malaysia

 



Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke-65 Malaysia.








Project Handmade Terabai Sarawak


Di kalangan masyarakat Iban ianya dikenali dengan nama Terabai atau di dalam bahasa standard digelar “Perisai”. Ianya adalah salah satu daripada lambang kepahlawan kaum Iban dan merupakan kelengkapan wajib ada apabila turun berperang suatu masa dahulu.


Menurut kepercayaan masyarakat Iban untuk mengukir sesuatu terabai bukan hanya memerlukan kepakaran semata-mata. Ini kerana setiap pengukir Iban yang terpilih sebenarnya didatangkan ideanya atas kehendak Tuhan mahupun dewa-dewa mereka samada menerusi firasat mahupun mimpi. Atau secara relatifnya ianya berkaitan secara langsung dengan faktor pemujaan serta sanjungan kepada dewa-dewa mengikut fahaman animisme mereka.

Jadi pada setiap motif ukiran terabai Iban yang cukup unik ini juga sebenarnya turut menggambarkan keadaaan pada masa tersebut. Perkaitan setiap motif ukiran dengan cerita legenda juga turut mendokong kewujudan asal-usul motif ukiran seperti pertarungan Rawing dan Raja Merom, pertarungan Lang Ngindang dan Lang Kachang, Mimpi Gemong, Burung Bubut dan Burung Ruai dan Belalang (Buntak Aloi dan Buntak Rusa). 

Untuk projek hiasan Kemerdekaan, kami telah memilih untuk menyiapkan 2 terabai sebagai simbol negeri Sarawak. Oleh kerana project ini bolehlah dikatakan projek kecil-kecilan (bajet), maka kami menyiapkannya di atas kotak dan bukannya mengukir di atas kayu sepertimana terabai dalam bentuk asalnya.

Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti berikut:

1. kotak dengan ukuran panjang lebih kurang 95 x 30 cm
2. Gam
3. Kertas (untuk print corak) 

Cara-cara menyiapkan terabai:

1. Tentukan dahulu corak yang dikehendaki, save dan printkan.

2.  Pastikan corak yang akan diprint dalam saiz besar supaya pixel tak pecah/mengganggu corak setelah digamkan kelak.

3. Potong corak dan buangkan color putih, tinggalkan corak yang bewarna hitam. Guna pisau yang tajam dan potong dengan berhati-hati. Potong atas permukaan licin seperti cermin agar tidak merosakkan meja. Lebih elok jika ada cutting mat.

4. Setelah siap potong, gamkan dengan berhati-hati supaya tidak koyak.


5.  Tadaa..dah siap..


 Jika ada pertanyaan boleh komen di bawah. Selamat mencuba.

 

Salam Perkenalan


Assalamualaikum, 

Salam perkenalan dari Mommy. Semoga perkongsian di sini dapat memberi manfaat kepada pembaca. Sekiranya pertanyaan atau komen bolehlah masukkan di komen di bawah. Insyallah Mommy akan cuba bantu setakat yang mampu.

-Mommy-

 

Catatan Popular